Lychaa's life story
Owner blog

1997 // Dip in Graphic Design
Twitter: @Lychaawolf & Insta: lychaa.yz
My Heartbeat ♥
Family
Fikri Rahim
Ferdaus Abdullah
Ramadhan Rahim ♥
Batrisyia Iliya
Syafiqah Samsuri
Alya Azmi
Tengku Qamarina
Ain Razak
Alisya Malik
Syariena Samsudin
Deanna Miaa
SIFAMIS ♥
Anaztasha Rahimi
Fatihah Tajuddin
Ariesya Sahizan
Shafiqah Zailani
Izyan Kamali
Anis Hassan
Aida Kamarul
Arissa Khalid
MEMORIES

Love of my life
Monday, June 15, 2015 | 9:21 AM | 0 comments


So, ni dia Muhammad Ramadhan bin Rahim a.k.a madhan. Ingat puasa, ha tu ah dia ye :D Okay, cerita dia bermula dari sini. Lychaa lepas habis SPM tu ambik short course Graphic Design & Advertising dekat GMKR. Kontrak dia dari bulan 1 sampai 26/6 je, sebab 24/6 dengan 25/6 tu dah final project. Okay masa bulan 1 tu lebih kurang 2 minggu jugak la ada orientasi dengan aktiviti lain untuk merapatkan sesama course iaitu Graphic Design, Animation & Videography. Then kitaorang ada exam teori dekat dalam dewan, lychaa selalu kacau madhan. Idk ah kenapa punya banyak lelaki dalam dewan tu, tapi dia yg lychaa suka kacau -.- Then kitaorang semua kena tulis nama penuh, i/c dengan number phone sebab kp nak buat group dekat ws.Then kitaorang semua kena masuk dekat dalam kelas memasing sebab nak kena kemaskan apa yg patut. Then madhan pakai baju sukan fit, tapi lychaa bahan dia "Eh madhan, nak pergi berenang eh?" pastu dia senyum je. Then ketua kelas kitaorang nama dia Syawal pun suruh kitaorang tulis nama panggilan dengan number phone sebab nak buat group kelas grafik dekat ws dengan wc. Ha then lychaa add madhan punya wc through group dekat wc. Then day by day kitaorang selalu ws (walaupun duduk selang berapa meja dekat dalam kelas), selalu rehat sama, selalu buat kerja sama dan selalu berkongsi masalah.

Start dari madhan ada gf dulu tu kitaorang berdua kawan je. Then ada one day tu mood dia down gila sebab gf dia buat hal. Then dia nak hantar karangan ayat break off dekat gf dia tu, tapi sebelum dia hantar tu lychaa suruh dia send dekat lychaa sebab nak baca okay ke tidak ayat dia tu. Then dah baca tu, dia pun send. Then dia dah officialy SINGLE. Then day by day kitaorang ws. Then bulan 2 tu kitaorang pergi Endau dengan Pasir Gudang sebab nak melawat Giatmara dekat sana dengan ada aktiviti. Then madhan luahkan perasaan yg dia suka dekat lychaa masa 16/2, then lychaa tanya roomate lychaa nama dia Pika pasal madhan tu. Pika cakap "Pika tengok madhan tu baik orangnya. Ha korang dua pun sesama pendek, alolo comel je. Ha lychaa dah besar, buat la keputusan yg betul. Pika taknak lychaa kecewa". Then lychaa ws madhan cakap "Bagi lychaa masa untuk fikir". Then madhan reply "Okay take your time". Tup tup pastu dah 19/2, malam cemtu lychaa ws dia tanya balik kenapa dia suka lychaa semua. Then lychaa terima dia wuu.

Bila dah officialy jadi gf madhan ni, lychaa pesan dekat dia jangan hebohkan lagi sebab prinsip lychaa kalau dah sebulan baru kecohkan. Bukan apa, kalau hebohkan sebelum sebulan tapi dah break off tak ke malu namanya tu? Ha pastu dah masuk bulan 3 tak silap baru kecoh, cik lynn pun dah tahu kitaorang couple sebab classmates ah usik sampai kantoi. Okay tipu ah kalau dah couple ni takde gaduh kan? Heh biasa ah tu, tapi biarlah gaduh teruk cemana pun tetap berbaik balik. Macam macam dugaan yg datang weh, kekadang tu rasa give up pun ada. Dulu sikit ah ada, sekarang dah takde. Apa apa pun lychaa happy dengan life lychaa sekarang ni. Walaupun lychaa ni jenis susah gila nak move on sebab ex bf yg lama tu, tapi ah biar lantak ah dia mereput sana. Lychaa tak benci dekat ex bf lychaa tu, lagipun dia sendiri dah tahu kenapa lychaa tak layan dia semua. Taknak ah cerita yg bebukan pasal dia, cukup la dia sendiri tahu apa yg dia dah buat dekat lychaa. Lychaa mampu doakan kebahagiaan dia je :') Sekarang ni pun lychaa dah ada orang yg sayangkan lychaa dekat depan mata, jadi perkara yg lama tu lychaa dah buang. Kira dah format otak ni, kosong. Yg ada cuma madhan je hihi :b Okay itu jelah cerita dia.



Old things